CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 12, 2009

PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK



Kanak-kanak awal bermula dari usia 2 tahun hingga 7 tahun. Pada peringkat ini perkembangan fizikal dan motor begitu pesat. Dari segi kognitif ia berada di peringkat praoperasi. Pada peringkat ini kanak- kanak ini berfikir secara tidak logic tetapi mereka boleh dan berupaya untuk berfikir berdasarkan imej mental. Fikiran mereka adalah bersifat egosentrik iaitu tertumpu kepada diri sendiri. Mereka juga berfikir bahawa benda-benda mati sebagai hidup. Contohnya percaya yang bulan itu hidup kerana di mana mereka berada bulan itu mengikuti mereka. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mula membuat imaginasi secara aktif. Pertumbuhan yang paling impresif ialah dari segi bahasa di mana pada umur dua tahun mereka sudah mampu menguasai 250 perkataan dan pada umur enam tahun sudah mampu menguasai 14,000 perkataan. Dari perkembangan emosi dan social di dapati ia berkembang dengan pesat. Perubahan yang jelas ialah dalam perhubungan dengan rakan sebaya.Pada umur 2 tahun kanak-kanak cenderung untuk bermain sendirian walaupun ada orang lain yang hadir di sisi mereka. Pada umur 4 hingga 7 tahun mereka sudah mula terlibat dengan tingkah laku langsang. Pada usia ini kanak-kanak sudah peka dan menyedari jantina masing-masing dan mula bermain dengan permainan yang bersesuaian dengan jantina mereka.


Perkembangan fizikal


Purata kadar pertumbuhan fizikal kanak-kanak pada peringkat ini ialah 2½ inchi dan 5 hingga 7lb setahun. Kanak-kanak perempuan adalah lebih ringan dan lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Misalnya purata ketinggian dan berat badan bagi kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun ialah antara 35.5 hingga 40 inchi dan 25.5 hingga 36.5 lb, manakala kanak-kanak lelaki pada usia yang sama mempunyai purata ketinggian lebih kurang 36 hingga 41 inchi dan berat antara 27 hingga 38 lb. Pertambahan berat tahunan agak tekal dan kemudian beransur kurang sehingga mencapai umur baligh. Kanak-kanak baik lelaki maupun perempuan kelihatan langsing (slim down) apabila mencapai usia pra sekolah kerana badan menjadi panjang walaupun kepala masih kelihatan lebih besar daripada badan.

Pada akhir peringkat prasekolah badan kanak-kanak kelihatan lebih seimbang dan kandungan lemak menurun, oleh itu rupanya tidak lagi kelihatan tembam. Kanak-kanak perempuan didapati mempunyai lebih banyak tisu otot lemak berbanding dengan kanak-kanak lelaki yang mempunyai lebih banyak tisu oto. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti tinggi, berat, dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu. Perbezaan ini adalah kesan daripada pengaruh faktor perwarisan dan persekitaran seperti nutrisi, status sosio-ekonomi, dan penjagaan. Menurut Meredith (1978), dua faktor penyumbang yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi. Masalah seperti mulnutrisi dan jangkitan penyakit yang kronik boleh membantutkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Pertumbuhan yang lambat boleh mendatangkan masalah kepada kanak-kanak dari segi social dan psikologi seperti rendah diri, kecewa dan masalah persahabatan.

Perkembangan motor




Apabila kanak-kanak mencapai usia 2 tahun, mereka bukan hanya boleh berjalan, tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda, menyusun blok, membuka tali kasut dan sebagainya. Kemahiran motor ini boleh dibahagikan kepada kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat ini memperlihatkan koordinasi yang baik antara oto dengan mata. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan untuk berdikari seperti boleh melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti makan dan pakai baju. Kemahiran motor kasar dan motor halus yang telah dikuasai oleh kanak-kanak boleh dijelaskan seperti berikut:Umur(Tahun)Aktiviti motor kasarAktiviti Motor Halus2 - 3melompat dan berlari ulang alikmenunjukkan tahap aktiviti yang paling tinggiSuka menconteng, mendiskriminasi objek tetapi tidak boleh melukis objek3 - 5memanjat, menendang bola dan menunggang basikal kecilMemegang gelas dengan sebelah tangan, mengutip objek, menyusun blok secara menegak, membuka tali kasut, makan dengan menggunakan sudu, menuang air dari bekas, dan boleh menyalin bulatan dan melukis garisan lurus4 – 5melakukan aktiviti fizikal yang lebih mencabar dan lasak seperti memanjat tangga dengan sebelah kakimenunjukkan kebolehan luar biasa di taman permainan dan elakukan aksi jimnastik yang mudahMelukis bentuk yang mudah, menulis huruf yang besar dan menggunakan gunting untuk memotong.5 ke ataslari dengan lebih laju dan suka berlumba lari dengan rakan.Boleh melompat sejauh 3 kaki dan setinggi 1 kaki.Boleh melompat dengan sebelah kaki dan melakukan gerakan kaki seperti bermula, berpusing dan berhenti dengan berkesan.Boleh berjalan atas palang, melontar dan menangkap bola.Menarik zip, membutang baju, membina rumah dengan blok, mengikat tali kasut, melukis atau menyalin bentuk, contohnya segi empat, tetapi tidak boleh melukis bentuk diamond kerana tidak simetri.


Perkembangan Sosial


Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. Ontohnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya yang lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.Perkembangan sosial ini dapat dikaitkan dengan teori yang dikemukakan oleh Erik Erikson yang dikenali dengan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Erikson menyatakan peringkat ini kanak-kanak berada pada tahap Berdaya Tindak lwn Rasa Bersalah, iaitu:i. Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri.ii. Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya tindak tetapi masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan yang diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang dewasa.Dalam pembentukan kesedaran ini ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terutama dalam identifikasid.


Perkembangan Kognitif




Kanak-kanak mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka. Bukan sahaja mereka kurang berpengalaman secara kuantitatif tetapi pengetahuan mereka berbeza dari segi kualitatif. Perkembangan kognitif kanak-kanak merangkumi zaman awal kanak-kanak dan pertengahan kanak-kanak. Tetapi di sini kita hanya menitik beratkan zaman awal kanak-kanak.Alam kognitif awal kanak-kanak atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas dan imaginatif, contohnya mereka melukis manusia menyerupai orang-orangan (scarecrow). Kanak-kanak peringkat ini juga terlalu egosentrik dari segi pemikiran. Mereka melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya melihat melalui perspektif orang lain. Menurut Piaget kanak-kanak akan menggunakan konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea atau pengalaman baru melalui proses asimilasi dan proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak mengubah suai konsep sedia ada kepada idea atau pengalaman baru untuk menjadi lebih bermakna.Tambah Piaget lagi, perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku kerana proses adaptasi iaitu interaksi antara asimilasi dan akomodasi. Konsep ini menjadi lebih luas melalui asimilasi dan diubahsuai melalui akomodasi.Jean Piaget merupakan ahli psikologi yang menyatakan kanak-kanak berfikir berbeza daripada orang dewasa. Beliau melihat pemikiran sebagai proses sedar dan memberi penekanan kepada peringkat perkembangan yang berkait rapat dengan pematangan. Menurut Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak awal ini di beri konsep sebagai pemikiran praolahan. Permulaan kebolehan menyusun semula dalam pemikiran apa yang telah dibina dari segi tingkah laku, dan peralihan penggunaan simbol daripada primitif kepada yang lebih sofistikated. Belum lagi boleh berfikir dari segi olahan.

Sub peringkat fungsi simbolik

Sub peringkat ini berlaku lebih kurang pada umur 2 dan 4 tahun dan menggambarkan sifat pemikiran simbolik, egosentrik dan animisme


Sub peringkat pemikiran intuitif


Kanak-kanak berumur antara 4 dan 7 tahun. Intuitif kerana kanak-kanak kelihatan amat yakin dengan pengetahuan mereka. Tetapi tidak tahu bagaimana mereka mengetahuinya. Menyoal tidak berkesudahan dan kurang pengetahuan dari segi ketekalan.

0 comments: